Pertandingan Menulis Esei Antarabangsa “Science for Youth” 2021

Tema 2021: Sains Untuk Masa Depan Saya

Pertandingan esei antarabangsa ini bertujuan untuk merakam pemikiran dan perspektif golongan muda mengenai kaitan sains dengan diri mereka sendiri dan masa depan mereka. Mahathir Science Award Foundation menyokong penuh penglibatan golongan muda dalam sains, terutamanya untuk peningkatan kualiti hidup di negara-negara yang mereka diami.

Hantar esei anda di [sini]

Muat turun poster pertandingan di [sini] 

Muat turun borang penyertaan (untuk esei yang dihantar melalui pos) di [sini]

For the English version of this website, please click [here]

SOALAN LAZIM

 

Siapakah yang layak untuk menyertai pertandingan ini?

Sesiapa yang berumur antara 13 hingga 18 tahun (pada tahun 2021). Pertandingan esei ini dibuka di peringkat global.

 

Adakah semua peserta akan menerima sijil?

Ya, semua peserta akan menerima sijil elektronik (e-sijil) melalui emel.

 

Berapakah panjang esei yang dibenarkan?

Kurang daripada 1000 patah perkataan (tidak termasuk tajuk).

 

Apakah format bagi esei tersebut?

 

Jenis huruf: Arial

Saiz huruf: 12 pt

Format teks: Langkau satu baris (1.0), justified

 

  1. Anda bebas untuk menyusun penulisan esei anda (contoh: jumlah perenggan). Namun, kami tidak akan menerima puisi.
  2. Jangan sertakan sebarang maklumat peribadi (misalnya nama, alamat) dalam dokumen esei. Maklumat ini perlu diisi di borang dalam talian atau halaman depan (jika esei dihantar melalui pos).
  3. Sekiranya anda menghantar esei secara dalam talian, sila muat naik karangan dalam format PDF, dan ikut garis panduan untuk menamakan dokumen esei anda (seperti yang tertera pada borang dalam talian)

 

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar esei tersebut?

Terdapat 2 cara:

 

  1. Dalam talian – klik pada butang “Hantar esei anda di [sini]” di halaman ini (tatal ke atas) dan anda akan dibawa ke borang dalam talian. Anda mungkin diminta untuk log masuk ke akaun Google anda untuk mengakses borang. Isi borang dalam talian dan muat naik karangan anda di sana.
  2. Pos – Lengkapkan maklumat anda di halaman depan (muat turun di sini) dan kepilkan bersama esei anda. Poskan ke alamat kami:

 

Mahathir Science Award Foundation (MSAF)

902-4 Jalan Tun Ismail,

50480 Kuala Lumpur

Malaysia

 

Bagaimanakah esei akan dinilai?

Kriteria yang akan digunakan dalam penilaian esei adalah seperti berikut:

  1. Kreativiti & keaslian
  2. Bahasa & gaya
  3. Olahan isi & topik
  4. Struktur

 

Siapa yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang persoalan?

Sila e-melkan kepada award@msa-foundation.org

 

Bilakah tarikh tutup penyertaan?

1 Mac 2021 (11.59 GMT+8)

 

Bilakah pemenang akan diumumkan?

Pemenang akan diumumkan pada akhir bulan Mei 2021 di halaman media sosial kami (Facebook, Instagram, Twitter). Kami akan menghubungi pemenang melalui e-mel/panggilan telefon.

 

Apakah hadiah yang akan dimenangi?

Tiga esei terbaik (berdasarkan markah keseluruhan) akan menerima:

 

Hadiah Pertama: Wang tunai RM3000 dan peluang untuk bertanyakan tiga soalan kepada salah seorang penerima Mahathir Science Award

Hadiah Kedua: Wang tunai RM2000

Hadiah Ketiga: Wang tunai RM1000

 

Terma dan syarat:

  1. Karya mestilah asli (olahan idea sendiri) dan belum diterbitkan di mana-mana penerbitan. Karya ciplak/plagiat tidak akan diterima.
  2. Mahathir Science Award Foundation dan rakan strategik program berhak menggunakan dan menyunting karya yang dihantar untuk mendapatkan penjelasan mengenai sebarang bahan promosi atau cetak.
  3. Penyertaan yang mengandungi sebarang kandungan yang menyinggung dan / atau dilarang seperti yang ditentukan oleh Mahathir Science Award Foundation tidak akan diterima.
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU (1) penyertaan sahaja. Hanya karya individu diterima. Karya berkumpulan tidak diterima.
  5. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.